History
LATAR BELAKANG
Konsulat Malaysia di Pontianak telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan merupakan satu-satunya Perwakilan Diplomatik yang berada di Wilayah Kalimantan, Indonesia. Bangunan Canseri mula disewa dengan pemerintah daerah Kalimantan Barat di Jalan Fatimah, dan seterusnya berpindah ke Jalan Achmad Yani. Kemudian berpindah ke Jalan Sutan Syahrir No. 21 sehingga Disember 2010. Pada 3 Januari 2011, Konsulat beroperasi di Hotel Mercure, Jl Ahmad Yani No. 91 sebelum berada di alamat sekarang iaitu Jl Perdana No. 001 sejak 9 Julai 2012.
Konsulat Malaysia, Pontianak terdiri dari enam Home-Based Staff (HBS) iaitu tiga orang pegawai dari Wisma Putra, dua orang pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia dan seorang pegawai dari Polis Di-Raja Malaysia. Konsul Malaysia di Pontianak ketika ini ialah Encik Azizul Zekri bin Abd Rahim yang merupakan Konsul Malaysia yang ke-12 manakala Penjawat Awam Tempatan (PAT) adalah seramai sembilan yang kesemuanya merupakan warganegara Indonesia.
Pejabat Perhubungan Tentera Malaysia (MMLO) terdapat di Pontianak, Sintang, Balikpapan dan Tarakan. MMLO Pontianak beroperasi di bangunan berasingan manakala seorang pegawai PDRM berpangkat ASP juga ditempatkan di Tarakan, Kalimantan Timur.
Rantau di bawah jurisdiksi Konsulat Malaysia di Pontianak adalah seluruh Kalimantan dengan fokus terhadap Kalimantan Barat.