Skip to Content
MISSION INFO
Address:
Jl. Perdana No. 001 Pontianak 78124, Kalimantan Barat
Republik Indonesia 
Telephone: (+62 561) 736061
 
Fax: (+62 561) 736060
Email: mwpontianak@kln.gov.my
GMT: + 1 hour (KL), - 1 hrs (Pontianak)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 8.00 a.m - 4.00 p.m
Public Holidays: Saturday & Sunday

 

News From Mission News From Mission

Back

Jelajah CSR PPTD: Transborneo 2019

Satu rombongan sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) telah melaksanakan program Jelajah CSR PPTD: Transborneo 2019 pada 20-22 Oktober 2019. Rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd. Shahabuddin Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Presiden PPTD Sarawak, 20 ahli PPTD dan 3 crew media daripada RTM telah membuat lawatan ke Kalimantan Barat untuk mengunjungi beberapa organisasi seperti masjid-masjid dan rumah anak yatim untuk memberi sumbangan kepada golongan miskin serta orang kurang upaya (OKU) buta penglihatan.

 

Program tersebut bermula dengan dengan kemasukan rombongan ke Kalimantan Barat melalui Pos Lintas Batas di Aruk-Biawak, Kabupaten Sambas melalui bas sebelum ke Singkawang, kota kedua terbesar di Kalimantan dan akhirnya ke Pontianak, ibukota Kalimantan Barat.

 

Secara keseluruhannya, jumlah sumbangan terdiri daripada 100 braille Al-Quran, 60 kerusi sembahyang, 25 set Braillet, 25 tongkat orang buta, 25 set EduBraille, 30 buah buku Braille, 300 bag sekolah dan pelbagai barangan makanan telah diserahkan kepada ratusan masyarakat, 5 buah masjid dan 2 rumah anak yatim di 3 lokasi tersebut. Bapak Sutarmidji, Gubernur Kalimantan Barat turut menyambut kunjungan hormat rombongan di Pejabat beliau di mana beliau menyampaikan penghargaan serta berharap program-program CSR sebegini akan diteruskan di Kalimantan Barat bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan kerjasama di antara Malaysia dan Indonesia khususnya di Kalimantan Barat.

 

Program ini turut mendapat liputan media yang meluas oleh media tempatan dan disiarkan di Selamat Pagi Malaysia, RTM pada 4 November 2019.