Skip to Content
MISSION INFO
Address:
Jl. Perdana No. 001 Pontianak 78124, Kalimantan Barat
Republik Indonesia 
Telephone: (+62 561) 736061
 
Fax: (+62 561) 736060
Email: mwpontianak@kln.gov.my
GMT: + 1 hour (KL), - 1 hrs (Pontianak)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 8.00 a.m - 4.00 p.m
Public Holidays: Saturday & Sunday

 

News From Mission News From Mission

Back

Kunjungan ke SLB Rasau Jaya

Dalam usaha memperluaskan lagi program-program CSR di Kalimantan Barat, staf-staf Konsulat Malaysia telah membuat kunjungan ke Sekolah Luar Biasa (SLB) Rasau Jaya, Kabupaten Kubu Raya pada 14 November 2019 bagi menyerahkan sumbangan daripada Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD).

SLB Rasau Jaya merupakan sekolah uawam yang terdekat dari kota Pontianak yang mendidik khusus bagi anak-anak kurang upaya.Sekolah tersebut terletak kira-kira satu jam perjalanan dari kota Pontianak dan mengajar seramai 73 anak murid kurang upaya dari pelbagai kategori termasuk yang buta, pekak, bisu, autistik, dan yang terencat akal. 

Sumbangan yang diserahkan berupa bentuk dua meja cermin yang dibuat khas untuk mengajar anak-anak yang pekak, fonetik dan sebutan yang betul. Semasa acara penyerahan yang diadakan pada 14 November 2019, warga Konsulat turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan guru-guru serta anak murid SLB Rasau Jaya. Di samping itu, pelbagai kraftangan dan produk jahitan seperti sarung bantal, beg tangan dan baju yang dihasilkan oleh anak-anak murid sekolah turut diperaga dan dibeli oleh warga Konsulat.