Skip to Content
MISSION INFO
Address:
Jl. Perdana No. 001 Pontianak 78124, Kalimantan Barat
Republik Indonesia 
Telephone: (+62 561) 736061
 
Fax: (+62 561) 736060
Email: mwpontianak@kln.gov.my
GMT: + 1 hour (KL), - 1 hrs (Pontianak)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 8.00 a.m - 4.00 p.m
Public Holidays: Saturday & Sunday

 

News From Mission News From Mission

Back

Kunjungan Kepala Direktorat Pengamanan Objek Vital Kalimantan Barat

Kepala Direktorat Pengamanan Objek Vital (Pamobvit) Kepolisian Daerah (Polda) Kalimantan Barat serta pegawai-pegawainya telah membuat kunjungan hormat ke Konsulat Malaysia di Pontianak pada 7 Januari 2020. Semasa pertemuan tersebut kedua-dua pihak telah membincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal kawalan keselamatan bangunan canseri, kediaman rasmi dan pegawai-pegawai Konsulat yang menjadi tanggungjawab Direktorat tersebut. Selain itu, pembahagian tugas dan struktur Kepolisian Republik Indonesia serta perkembangan terkini mengenai hubungan dua-hala di antara Malaysia dan Indonesia turut dibincangkan.

 

Pihak Konsulat dan Pamobvit bersetuju bahawa suasana Kalimantan Barat kekal aman damai manakala hubungan Malaysia-Indonesia khususnya di Kalimantan Barat semangat erat dan akrab. Konsulat Malaysia di Pontianak menghargai kerjasama dan komitmen Pamobvit Polda Kalbar selama ini dalam memastikan keselamatan dan keamanan Konsulat Malaysia di Pontianak dan yakin ianya akan diteruskan dibawah kepimpinan Direktur Pamobvit yang baru.