![]() | ![]() |
News From Mission
Sambutan Hari Kebangsaan 2020
Warga Malaysia telah menyambut Hari Kebangsaan 2020 pada 31 Ogos 2020 di perkarangan Konsulat Malaysia di Pontianak. Sambutan diadakan secara ringkas dan terhad selaras dengan protokol kesihatan norma baru. Tema pada Hari Kebangsaan ke-63 adalah 'Malaysia Prihatin' dipilih sesuai yang menggambarkan semangat patriotism seluruh rakyat Malaysia berganding bahu menjaga sesama kita dalam semua aspek ekonomi, kebajikan dan sosial ketika negara dan seluruh dunia terkesan akibat pandemik Covid-19.
Dalam ucapan Konsul Malaysia di Pontianak semasa acara sambutan, beliau menyeru agar kakitangan Konsulat Malaysia meneruskan semangat dan komitmen dalam menjayakan segala usaha Kerajaan dalam menangani COVID-19. Sehubungan itu, beliau mengucapkan penghargaan kepada staf-staf yang telah bertungkus lumus membantu rakyat Malaysia yang terkandas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Selain penaikan Jalur Gemilang diiringi nyanyian Negaraku, Konsul Malaysia telah memberi surat penghargaan kepada staf-staf yang terlibat dalam mengendalikan repatriasi rakyat Malaysia yang terkandas.