Facebook
News From Mission
Back
ACARA MALAM BULAN DI PAGAR BINTANG
Pada 19 Oktober 2024, Konsulat Malaysia menghadiri Acara Malam Bulan di Pagar Bintang sempena Festival Melayu Kalimantan Barat XIII Tahun 2024 yang dipersembahkan oleh Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS) bertempat di Rumah Adat Melayu, Pontianak. Acara ini turut menampilkan 23 buah lagu ikonik hasil karya agung seniman P. Ramlee, sekali gus mengimbau nostalgia serta mengingatkan para hadirin akan sumbangan besar beliau dalam dunia seni dan hiburan. Karya P. Ramlee terus kekal relevan dan dihargai sehingga ke hari ini, menjadi warisan yang tidak lapuk dek zaman.