Skip to Content

Address

Jl. Perdana No. 001
Pontianak 78124, Kalimantan Barat
Republik Indonesia
 

Contact Us

(+62 561) 736061
Duty Officer: +628215656942 / +6281346436592 (selepas waktu pejabat) 
(+62 561) 736060
mwpontianak[at]kln[dot]gov[dot]my

Operation Hours

Monday - Friday
8.00 a.m - 5.00 p.m
CLOSED :
Saturday & Sunday

Facebook Facebook

News From Mission News From Mission

Back

ACARA HARI SUKAN NEGARA (HSN) MALAYSIA TAHUN 2024

Pada 13 Oktober 2024, Konsulat Malaysia di Pontianak telah menganjurkan Acara Hari Sukan Negara (HSN) Malaysia Tahun 2024 yang dilaksanakan di Konsulat Malaysia. Acara ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat. Salah satu acara utama yang mendapat sambutan hangat adalah aktiviti berbasikal, di mana para peserta melalui laluan menarik yang merangkumi beberapa lokasi ikonik di Kota Pontianak seperti Tugu Khatulistiwa, Kantor Wali Kota Pontianak, Rumah Radakng dan Kedai Kopi Aming. Aktiviti ini juga mendapat penyertaan daripada pelbagai komuniti berbasikal di Pontianak.

 

Selain aktiviti berbasikal, turut diadakan acara golf, aktiviti briskwalk dan senamrobik serta acara sukaneka yang mencuit hati anak-anak. Tidak ketinggalan, permainan tradisional seperti congkak dan pertandingan catur turut diselitkan, menambahkan lagi elemen keseronokan serta menggalakkan interaksi sosial.

 

Acara ini berjaya mengeratkan hubungan komuniti, disamping memupuk gaya hidup sihat dalam suasana mesra dan penuh harmoni.

 

#cergasbersama

#HSN2024