Facebook
News From Mission
Majlis Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 anjuran Konsulat Malaysia di Pontianak
Pada 31 Ogos 2024, Konsulat Malaysia menganjurkan Majlis Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 bertempat di Hotel Alimoer, Kubu Raya, Kalimantan Barat. Majlis ini dihadiri oleh tetamu yang terdiri daripada Yang Terhormat Bapak dr. Harrison, M.Kes, Penjabat Gubernur Kalimantan Barat, Forum Komunikasi Pimpinan Daerah (Forkopimda) Provinsi Kalimantan Barat, Yang Terhormat Bapak Drs. Ani Sofian, MM, Penjabat Wali Kota Pontianak, Agensi-agensi pemerintah Daerah Kalimantan Barat dan Kota Pontianak, Tokoh-tokoh masyarakat, institusi pendidikan tinggi, institusi kewangan, Rakyat Malaysia, Friends of Malaysia, agensi perhotelan, pengamal media, serta masyarakat tempatan.
Dalam majlis ini, para tetamu disajikan dengan pelbagai hidangan Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Roti Jala & Kari Ayam, Cucur Udang & Kuah Kacang, Karipap, Kuih Keria, Sagu Gula Melaka, Teh Tarik, Kek Lapis Sarawak, dan pelbagai kuih kering tradisional Malaysia. Selain itu, majlis ini turut diserikan dengan upacara pemotongan kek serta persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian daripada kumpulan Sara Music yang dibawa khas dari Kuching, Sarawak. Tidak ketinggalan, majlis ini juga menampilkan persembahan oleh anak-anak pegawai Konsulat untuk menunjukkan bakat terpendam mereka masing-masing.