Konsulat Malaysia telah menghadiri undangan untuk merasmikan Pameran Pendidikan Ayo Kuliah di Malaysia anjuran Education Malaysia Global Services dengan penglibatan 9 buah universiti antara yang terbaik di Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Hasnul Faizal bin Hushin Amri J.M.W., Menteri Kedutaan (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta Yth. Bapak Ibrahim, M.Pd., Ketua MKKS Kota Pontianak Dan Yth. Ibu Diena Marsevi S, S.Pd., Ketua MGBK Kota Pontianak.












