Travel Advisory Travel Advisory

      Nasihat Perjalanan

 

     i.   Sila pastikan anda mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tarikh tamat dokumen haruslah tidak kurang daripada enam (6) bulan semasa perjalanan ke luar negara dilakukan.

 

     ii.   Sila pastikan nama anda tiada di dalam sistem ‘Senarai Syak”. Sekiranya nama anda terdapat di dalam Sistem ‘Senarai Syak’ Jabatan Imigresen Malaysia, sila hubungi ke Bahagian Keselamatan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen untuk keterangan lanjut.

 

     iii.   Sekiranya anda bergerak secara berkumpulan dan menggunakan kenderaan dari Malaysia, sila maklumkan kepada Konsulat maklumat seperti berikut:

 

(a)  Nama penumpang/pemegang pasport beserta dengan salinan pasport setiap individu.

(b)  Surat kebenaran membawa masuk kenderaan dari Malaysia untuk dimajukan ke Konsulat Malaysia.