Archives Archives

Back

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA 2011 PADA HARI RAYA PERTAMA DI KEDIAMAN RASMI KONSUL JENERAL MALAYSIA, MUMBAI

 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

 

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA 2011 PADA HARI RAYA PERTAMA

 

Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba, sukacita dilampirkan di sini Jemputan Rumah Terbuka di Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai pada Hari Raya pertama.  Aturcara majlis adalah seperti berikut:

 

 7.45 pagi       :       Ketibaan Muslimin & Muslimat

 8.15 pagi       :       Takbir Raya

 8.30 pagi       :       Sembahyang Raya diikuti Khutbah Raya

10.30 pagi      :       Kunjungan tetamu jemputan lain

                        :       Jamuan Raya

 

2.     Sila maklumkan kehadiran (RSVP: Tel. 9122 2645 5751/5752 - E-mail: malmumbai@kln.gov.my ) YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dan jumlah (dewasa/kanak-kanak) yang akan hadir dengan segera bagi membolehkan persiapan Rumah Terbuka diatur dengan sempurna.

 

3.     Kehadiran YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk sama-sama memeriahkan suasana Hari Raya Aidil Fitri di Mumbai amatlah disanjung tinggi.

 

Sekian, terima kasih.

 

               T.T.

MOHAMED HATIMI ABAS

Konsul Jeneral

Malawakil Mumbai