Archives Archives

Back

KONSUL GENERAL ANJURKAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TERAWIH UNTUK RAKYAT MALAYSIA DI MUMBAI

Konsul General Malaysia di Mumbai, Wan Zaidi Wan Abdullah mengadakan majlis berbuka puasa dan terawih di Kediaman Rasmi beliau di Pali Hill, Mumbai pada hari Sabtu 6 Septmber 2008. Seramai 50 orang daripada 15 keluarga Malaysia beragama Islam di Mumbai hadir dan dijamu dengan pelbagai kuih-muih serta makan malam.

Sembahyang terawih berjemaah juga diadakan selepas waktu Isyak yang diimamkan oleh Konsul Imigeresen, Tuan Haji Abd. Rahim.