Archives Archives

Back

MAKLUMAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR LUAR (PTH)

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,



Sukacita dimaklumkan, pegawai-pegawai Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Mumbai telah ditauliahkan sebagai Penolong Pendaftar Pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Malaysia di bawah Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19]. 

 

Sehubungan itu, semua warganegara Malaysia (pegawai dan isteri atau suami pegawai) yang telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam Kerajaan Malaysia, Kerajaan mana-mana Negeri atau berkhidmat dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa berkanun dan juga pelajar serta suami atau isteri pelajar yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak adalah layak mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).

 

Semua warganegara Malaysia seperti yang dimaksudkan di atas boleh membuat permohonan pendaftaran baru sebagai pemilih atau pendaftaran tukar status daripada pemilih biasa kepada Pengundi Tidak Hadir (PTH) di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Mumbai semasa waktu bekerja dari Isnin hingga Jumaat.  Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di talian +9122 2645 5751 / 52.

 

Sekian, dimaklumkan.

 

 

Konsul Jeneral

Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai