Archives Archives

Back

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DI MUMBAI MERIAH


SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DI MUMBAI MERIAH

Masyarakat Malaysia di Mumbai merayakan Aidil Fitri pada 2 Oktober 2008 dengan menyempurnakan sembahyang hari raya di A La Mode Hall Juhu pada 9.45 pagi. Sembahyang hari raya diimamkan oleh Tuan Haji Abdul Rahim (Imigresen) dan Konsul Jeneral Wan Zaidi Wan Abdullah bertindak sebagai Khatib membacakan khutbah hari raya,

Setelah tu, seramai 120 orang rakyat Malaysia dan beberapa kenalan dari Indonesia, Singapura, Sri Lanka dan Afrika Selatan telah bersama-sama memeriahkan majlis resepsi hari raya. Di majlis teresebut Konsul Jeneral menyampaikan duit raya tajaan seorang ahli perniagaan Malaysia kepada kanak-kanak yang hadir. Pelbagai kuih dan juadah hari raya seperti ketupat, rendang dan pulut kuning disediakan bagi menghidupkan lagi suasana hari raya di Mumbai.

Klik di sini untuk pelbagai gambar sambutan Hari Raya