Archives Archives

Back

Majlis Menaikkan Bendera Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Bahasa Melayu)
 
Majlis Menaikkan Bendera Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68
 
Pada 31 Ogos 2025, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah mengadakan Majlis Menaikkan Bendera Jalur Gemilang bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68, dengan penyertaan warga Home Based Staff (HBS) dan keluarga.
Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan “Negaraku” diiringi upacara menaikkan Bendera Jalur Gemilang, diikuti pembacaan ikrar setia negara.
Tema sambutan tahun ini, “Malaysia Madani, Rakyat Disantuni”, turut ditekankan sebagai asas kepada usaha membina negara bangsa yang progresif, inklusif dan berteraskan nilai murni.
TYT Dato’ Muzafar Shah Mustafa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, turut menyampaikan amanat yang mengangkat intipati ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Dalam amanat tersebut, beliau turut menekankan kepentingan memupuk semangat patriotisme serta iltizam warga HBS dalam menjalankan amanah di perantauan demi menjaga nama baik dan kepentingan negara.
Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh warga HBS dan keluarga, yang menyemarakkan lagi suasana serta menzahirkan kecintaan terhadap tanah air.
Semoga semangat Hari Kebangsaan terus menjadi inspirasi buat seluruh warga Malaysia, di tanah air mahupun di luar negara, untuk terus berbakti kepada negara tercinta.
 
✨

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

(English)

 
Flag Hoisting Ceremony in Conjunction with Malaysia’s 68th Independence Day Celebration
 
On 31 August 2025, the High Commission of Malaysia in New Delhi held a Flag Hoisting Ceremony in conjunction with the 68th Independence Day celebration, participated by Home Based Staff (HBS) and their families.
The ceremony began with the singing of the National Anthem “Negaraku” accompanied by the hoisting of the Jalur Gemilang, followed by the recitation of the national pledge.
This year’s celebration carries the theme “Malaysia Madani, Rakyat Disantuni” (Malaysia Madani, A Nation that Cares for its People), which highlights the values of inclusivity, compassion, and shared progress in nation-building.
His Excellency Dato’ Muzafar Shah Mustafa, High Commissioner of Malaysia to India, delivered an address that reflected the key messages of the Honourable Prime Minister of Malaysia’s 2025 Independence Day speech.
In his remarks, he also emphasized the importance of instilling patriotism and dedication among HBS in carrying out their responsibilities abroad with integrity, in order to uphold the nation’s honour and interests.
The ceremony was further enlivened with the singing of patriotic songs by HBS and their families, which enhanced the atmosphere and expressed their deep love for the homeland.
May the spirit of Independence Day continue to inspire all Malaysians, both at home and abroad, to remain devoted in serving our beloved nation.
 
✨
Merdeka! Merdeka! Merdeka!