Archive Archive

Back

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2016

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 13 Oktober 2016, majlis Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2016 peringkat Kedutaan Besar Malaysia di Rom, Itali telah di adakan. Sambutan ini telah dirasmikan oleh TYT Duta Besar Malaysia Dato’ Abdul Samad Othman dan dihadiri oleh semua Pegawai Kedutaan dan Kakitangan Ambilan Tempatan.


Majlis ini dimulakan dengan alunan lagu tradisional Melayu, Gamelan serta paluan Gong, bagi melambangkan adat kebudayaan Malaysia. TYT Duta Besar telah menyampaikan ucapan dalam Bahasa Malaysia dan diterjemahkan dalam Bahasa Itali.


Setelah merasmikan majlis tersebut, pihak Kedutaan menganjurkan kelas komunikasi asas Bahasa Malaysia khusus bagi Kakitangan Ambilan Tempatan, untuk memupuk minat mereka terhadap Bahasa Malaysia. Kelas Bahasa Malaysia telah diajar oleh Puan Sukinah Kambali. Selain daripada slaid semasa mengajar, Kakitangan Ambilan Tempatan dibekalkan nota ringkas asas Bahasa Malaysia sebagai rujukan.

 

 

Kedutaan Besar Malaysia, Rome

13 Oktober 2016