Archive Archive

Back

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, ROME

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2016, Kedutaan Besar Malaysia di Rome, Italy turut mengambil peluang untuk mengadakan beberapa aktiviti kesukanan pada 8 Oktober 2016. Sambutan peringkat Kedutaan telah rasmikan oleh TYT Dato’ Abdul Samad Othman, Duta Besar Malaysia ke Italy di Agriturismo il Castoro, Rome. Pegawai-pegawai Kedutaan serta keluarga mereka turut hadir bersama sama menjayakan aktiviti tersebut.

 

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya acara sukaneka bagi kanak-kanak, lari berkaki tiga dan perlawanan tarik tali. Setelah aktiviti selesai, semua peserta dijemput menjamu selera dengan makanan yang di bawa.

 

 

Kedutaan Besar Malaysia, Rome

8 Oktober 2016