Archives Archives

Back

Lawatan Kerja oleh Delegasi Inspektorat Kementerian Pertahanan

Kedutaan Besar Malaysia di Rome telah menerima kunjungan delegasi Inspektorat Kementerian Pertahanan yang diketuai oleh Encik Mohamad Shaffie bin Hassan, Setiausaha Bahagian Kewangan. Delegasi inspektorat tersebut telah ditugaskan untuk menjalankan tinjauan dan penilaian terhadap aspek pengurusan kewangan Pejabat Atase Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Rome, Itali. Pertama kali dijalankan menerusi format baharu, hasil lawatan tersebut akan dijadikan sebagai penanda aras kepada urusan-urusan berkaitan penilaian aspek pengurusan kewangan Pejabat Atase Pertahanan di Perwakilan-perwakilan Malaysia yang lain pada masa hadapan.