Kunjungan Hormat oleh Kepimpinan Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia Johor di Jordan (JOJO) Sesi 2026/2027
Pada 20 Ogos 2026, Kedutaan Besar Malaysia di Amman telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Johor Students’ Association of Jordan (JOJO) bagi sesi 2026/2027.
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu JOJO serta berkongsi hala tuju dan perancangan persatuan bagi sesi 2026/2027. Perbincangan turut menyentuh inisiatif bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin serta pelaksanaan program tanggungjawab sosial (CSR) untuk pelarian Palestin di Jordan.
Kedutaan Besar Malaysia di Amman berharap agar hubungan baik dan kerjasama yang terjalin bersama JOJO dapat terus diperkukuhkan, khususnya dalam memperkasa kebajikan dan kepentingan pelajar Malaysia di Jordan.