LAWATAN KERJA KSU MINDEF KE KOREA AEROSPACE INDUSTRY (KAI), SACHEON
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF), YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali serta Duta Besar Malaysia di Korea Selatan, Dato Mohd Zamruni Khalid mendengar taklimat mengenai perkembangan perolehan pesawat FA 50 semasa mengadakan lawatan kerja ke kemudahan hangar penyelenggaraan Korea Aerospace Industry (KAI), Sacheon. Sesi libat urus bersama barisan jurutera tempatan serta Kumpulan Kerja Khusus turut meneliti teknologi semasa serta ekosistem sokongan logistik bersepadu bagi memperkukuh aset TUDM. Turut sama mengiringi deligasi lawatan ialah Penasihat Pertahanan di Seoul, Kolonel Mohamad Nazri.