Events / News Events / News

Back

Hari Sukan Negara 2018

Pada 13 Oktober 2018, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara 2018 bertempat di Padang Futsal dan Kriket Tertutup CR7, Colombo 3.  Pada tahun ini, seramai 26 orang telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Malawakil Colombo serta rakyat Malaysia yang menetap di Sri Lanka.

 

Program dimulakan dengan upacara zumba dan seterusnya dengan permainan bola  beracun, futsal dan kriket.  Program ini telah menerima reaksi positif dan cadangan oleh mereka yang hadir untuk menambah baik sambutan ini pada masa hadapan.