Pengarah Pejabat Wilayah Sabah Mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Cik Clara Soon May Lynn telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 18 Ogos 2026 di Menara Kinabalu, Sabah.
Pertemuan tersebut menjadi platform untuk mengeratkan kerjasama antara Kementerian Luar Negeri dan Kerajaan Negeri Sabah khususnya dalam hal ehwal hubungan antarabangsa.
Perbincangan semasa kunjungan hormat tersebut meliputi peranan Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri dalam memberikan bantuan khidmat konsular kepada rakyat Malaysia di Sabah yang mempunyai urusan kecemasan di luar negara, menyelaras kunjungan hormat daripada ketua perwakilan asing kepada kepimpinan tertinggi di Sabah dan membantu memudahcara urusan pejabat-pejabat Konsulat asing di Sabah.
Pengarah Wilayah Sabah turut mengambil peluang untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa dan global semasa kunjungan hormat tersebut.