Mission News

Lawatan ke Pejabat Baharu MATRADE The Hague, 29 September 2026

29 September 2026 182 views

Lawatan ke Pejabat Baharu MATRADE The Hague, 29 September 2026

TYT Dato' Roseli Abdul, Duta Besar, telah mengadakan lawatan ke pejabat baharu MATRADE The Hague pada 29 September 2026 selepas selesainya proses perpindahan dari pejabat asal di Rotterdam. Lawatan tersebut turut disertai oleh semua Home-Based Staff (HBS) Kedutaan Besar Malaysia di The Hague.

 

Seusai penerangan ringkas oleh Puan Sharifah Nazreen Farhana Syed Marzuki, Penasihat (Perdagangan), lawatan tersebut disusuli oleh Mesyuarat Antara Agensi yang dipengerusikan oleh TYT Dato' Duta Besar. Antara inti pati mesyuarat tersebut adalah perbincangan mengenai hal ehwal Kedutaan serta perancangan sempena ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Belanda pada tahun 2027.

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back