Social Media
News From Mission
Back
SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KATHMANDU KEPADA TAHANAN MALAYSIA DI NEPAL
Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu telah mengadakan lawatan ke Penjara Nepal untuk melawat tahanan Malaysia yang telah di tahan atas kesalahan masing-masing. Dalam Lawatan tersebut, Kedutaan telah memberikan bantuan sumbangan keperluan asas kepada tahanan Malaysia yang berada di Nepal. Sumbangan berupa makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak, garam, biskut, sabun basuh pakaian dan keperluan mandian telah diberikan kepada tahanan Malaysia di penjara Nepal sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya yang berada di dalam tahanan berkenaan. Sumbangan ini telah diserahkan kepada semua tahanan yang terlibat pada 12 November 2025 (Rabu).





