Other Information Other Information

ISSUANCE OF EMERGENCY CERTIFICATE

(LOSS OF TRAVEL DOCUMENT / PASSPORT)/URUSAN PENGELUARAN PASPORT MALAYSIA

 

It is advisable that you keep a photocopy of your passport at all times to facilitate you, if you happen to lose your passport abroad.  In cases where, under any circumstances your travel document / passport is lost while abroad, these are the steps to follow:

* Report the loss of travel document at the nearest police station in Karachi.


* Apply for an Emergency Certificate at the Consulate General of Malaysia in Karachi. Documents required to be submitted are as follows:


- A copy of the police report.

 

- Other documents that can be used as proof of citizenship.

 

An Emergency Certificate will be issued by the Consulate General of Malaysia which would enable the person to travel home to Malaysia (one way trip).

  

*****

URUSAN PENGELUARAN PASPORT MALAYSIA

 

Pasport 32 muka surat    -           RM300.00

Pasport 64 muka surat    -           RM600.00

Perakuan Cemas            -           RM50.00

 

Diskaun 50% kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun dan Pelajar Tajaan Kerajaan Malaysia di bawah 21 tahun. Orang Cacat (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan boleh mengemukakan Kad Pendaftaran dikecualikan bayaran.

 

Permohonan Gantian Pasport Malaysia

 

Warganegara Malaysia di Karachi boleh memohon untuk mendapatkan dokumen perjalanan Malaysia yang baru di Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi. Sejak Malaysia memperkenalkan Pasport Malaysia Edisi Baru (Machine Readable Passport) lanjutan tempuh (Renewal and Extention) tidak lagi dipraktikkan. Semua permohonan hendaklah di keluarkan pasport baru. Proses pengeluaran Pasport baru dilakukan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

 

* Pemohon perlu hadir sendiri di Pejabat Konsular dan Imigresen, Tingkat Bawah, Konsulat Jeneral Malaysia Karachi.

 

* Dua keping gambar ukuran passport.

 

* Kad Pengenalan atau Surat Beranak serta salinannya.

 

* Salinan Pasport yang dipegang (muka surat pertama yang mengandungi butir peribadi pemegang dan pada muka surat yang mengandungi Kebenaran Khas daripada Pihak Berkuasa Tempatan seperti Pas Pelajar, Permit Kerja, Pas Tanggungan atau Permit Jangka Panjang.

 

* Bagi kes-kes yang meragukan, Undang-Undang Malaysia membenarkan Pegawai Imigresen atau mana-mana Pegawai yang diberikan kuasa menguruskan pengeluaran pasport, boleh meminta apa-apa dokumen yang difikirkan boleh membantu siasatan.

 

* Bagi mengendalikan kes kehilangan kerana kecurian, tercicir, terbakar atau hilang dalam simpanan, sesalinan Repot Polis daripada Pihak Berkuasa Tempatan hendaklan diperolehi dan disahkan. Kes  kehilangan yang dilaporkan hendaklah disokong dengan Surat Akaun Sumpah yang ditandatangani oleh Pihak Berkuasa Malaysia (jawatan Konsul Muda keatas). Bagi Kes Kehilangan, Perakuan Cemas akan dikeluarkan untuk pulang ke Malaysia atau untuk diselaraskan dengan Pihak Berkuasa Tempatan  bagi tujuan 'legalise the stay'.

 

Cap jari kanan hendaklah dirakam dengan jelas, jika sekiranya ibu jari kanan kuding atau cacat, ibu jari kiri boleh digunakan. Jika sekiranya tiada kedua-dua ibu jari, maka mana-mana jari boleh diambil rekod dengan syarat catitan hendaklah dibuat (kudung, cacat dan sebagainya).

 

Bagi Pemohon dibawah 18 tahun, keizinan ibu bapa atau penjaga yang sah hendaklah diperolehi.

 

Bagi kes yang mana pemegang masih mempunyai pas atau permit yang sah, salinan asal pasport hendaklah dikembalikan kepada pemohon dan akan dikutip kembali setelah pasport gantian diterima. Setelah mendapat gantian, pasport lama hendaklah dibatalkan dan dikembalikan kepada penama. Bagi pasport lama yang masih mempunyai Visa, Pas atau Permit, dinasihatkan kepada pemegang pasport supaya menyelaraskan Permit, Pas berkenaan ke pasport baru di Pihak Berkuasa Tempatan.

 

*****