Other Information Other Information

 

PENGESAHAN DOKUMEN PERKAPALAN

 

Setiap kapal yang berlabuh di mana-mana pelabuhan di Pakistan dan akan kembali ke Malaysia atau meneruskan perjalanan akan meminta pengesahan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad untuk urusan dengan pihak berkuasa tempatan.

 

Pengesahan ini akan diminta dalam dua keadaan.

 

Pertama

 

Kapal yang belayar dari Malaysia dan destinasi terakhirnya ialah Karachi dan akan belayar kembali ke Malaysia. Proses ini akan dipohon oleh Kapten Kapal sendiri atau agen perkapalan.

 

Kedua

 

Berlakunya pendaratan anak kapal atau kakitangan yang tidak akan meneruskan pelayaran (sign off) atau ‘joint the ship’.

 

Kapten atau agen perkapalan akan mengemukakan dokumen perkapalan (ship article) yang mengandungi pendaftaran vessel, daftar anak kapal (crew list) dan dokumen pengesahan Kapten.

 

Jumlah Anak Kapal perlu dipastikan sama dengan pendaftaran di dalam Buku Pelaut (Seaman Books).

 

Setiap pertukaran Kapten dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain, pengesahan perlu dibuat diatas Sijil Kelayakan Kapten.

 

Setiap tandatangan yang diturunkan, dikenakan bayaran Rs. 100.

 

Nota

 

Pada masa ini, urusan Pengesahan Dokumen Perkapalan hanya dilakukan oleh Pejabat Pertahanan Malaysia di Islamabad.

 

 

 

*****