Other Information Other Information

REPATRIATION OR BURIAL OF REMAINS/ALIRAN TUGAS URUSAN KEMATIAN WARGANEGARA MALAYSIA

The Consulate General of Malaysia in Karachi is ready to assist Malaysians to bring back the remains of their family member or relative that had died abroad back to Malaysia. However, the cost to bringing back the remain has to be borne by the relative/next of kin. Below are the procedures involved. Please bear in mind that these procedures only serve as a guideline, and not an official procedure.

 

Relative / next of kin in Malaysia to report the death at the Consular Division, Ministry of Foreign Affairs at the following address:

 

CONSULAR DIVISION

MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS MALAYSIA

WISMA PUTRA, NO 1, JALAN WISMA PUTRA

PRECINT 2, 62602 PUTRAJAYA

TELEPHONE NO.           : +603 – 8887 4000

E- MAIL                        : konsular@kln.gov.my

 

Information and documents required are as follows:

 

o         Name of the deceased.

o         Passport and Identification Card Number of the deceased.

o         Address of the deceased abroad

o         Address in Malaysia.

o         Occupation of the deceased.

o         Cause of death.

 

The Consular Division with the assistance of the Consulate General of Malaysia in Karachi will investigate the death. Relative/next of kin will need to decide the place of burial whether abroad or in Malaysia.

ALIRAN TUGAS URUSAN KEMATIAN WARGANEGARA MALAYSIA

 

Setelah menerima Laporan Kematian Warganegara Malaysia daripada Pihak Berkuasa Tempatan, langkah-langkah ini akan diambil:

 

a)         Dapatkan Salinan Repot Polis si mati. Salinan dalam Bahasa Inggeris adalah diperlukan. Jika Salinan yang diterima dalam Bahasa Urdu, terjemahan hendaklah dibuat dan disahkan oleh Polis dan Kementerian Luar Negeri Pakistan.

 

b)         Konsulat hendaklah menguruskan pengkebumian dengan menghubungi pihak yang tertentu di Karachi. Gambar upacara hendaklah disimpan dan kubur hendaklan dikenalpasti dengan tepat jika ada tuntutan dari keluarga selepas kematian.

 

c)         Jika si mati adalah benar Warganegara, dapatkan Laporan Kematian daripada Doktor yang disahkan (Doktor atau Hospital Kerajaan) dan perlu dijeniskan kematian:

 

-           Kematian Mengejut/Sakit Tua/Jantung/Darah Tinggi/Stroke/Kemalangan atau sebagainya.

-           Kematian dalam tahanan (menjalani Hukuman Mati).

-           Kematian yang ada penglibatan dalam jenayah.

-           Kematian yang tidak diketahui punca (Act of God).

 

Jika mayat memerlukan “Post Mortem” salah seorang daripada Kakitangan Konsulat perlu hadir sebagai saksi. Bagi Kes Biasa, tandatangan Doktor Kerajaan sudah memadai. Bagi kes yang mana keluarganya tidak membenarkan “Post Mortem”, Konsul Muda perlu mencari “authority” yang boleh menandatangani perintah pengecualian “Post Mortem”. Sebaik-baiknya, kehendak Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dipatuhi.

 

Jika maklumat si mati diperolehi, cuba hubungi Waris di Malaysia mengenai kematian. Dalam masa yang sama, hubungi Kementerian Luar Negeri Pakistan untuk mendapatkan Sokongan Kebenaran menyimpan mayat di Rumah Mayat, Hospital Kerajaan.

 

Jika Mayat di Tuntut

 

Jika Mayat Beragama Islam

 

Dapatkan keranda daripada pembekal. Hubungi pihak yang ditauliahkan untuk menguruskan Mandi Mayat, Kapan, Sembahyang Mayat dan sebagainya.

 

Jika Mayat Bukan Beragama Islam

 

Dapatkan keranda untuk penghantaran pulang. Pihak Gereja atau Kuil hendaklah dihubungi untuk mendapatkan bantuan.

 

Kesemua dokumen hendaklah di buat salinan (Photostat) dan disahkan. Sesalinan hendaklah disimpan di Konsulat. Sesalinan lagi dihantar ke Kementerian Luar Negeri Pakistan (Camp Office) Karachi. Dokumen asal hendaklah diberikan kepada keluarga yang datang menuntut. Sesalinan yang disimpan di Konsulat hendaklah dimajukan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk rekod kematian.

 

Setelah selesai urusan dokumen, bedah siasat, upacara mengikut keagamaan dan sebagainya, mayat hendaklah dimasukkan ke dalam keranda dah keranda hendaklah di ‘lakri’ dengan Cop Rasmi Konsulat. Sekurang-kurangnya seorang daripada keluarga dan seorang daripada Konsulat perlu hadir dalam proses ini.

 

Tambang penerbangan mayat perlu ditanggung oleh keluarga si mati. Hubungi Pejabat MAS di Karachi untuk mendapatkan ruang dalam penerbangan (Kargo).

 

Jika Mayat Tidak di Tuntut

 

Konsulat hendaklah menguruskan pengkebumian dengan menghubungi pihak yang tertentu di Karachi. Gambar upacara hendaklah disimpan dan kubur hendaklah dikenalpasti dengan tepat jika ada tuntutan dari keluarga selepas kematian.

 

Jika mayat tidak diketahui kewarganegaraan tetapi diisytiharkan sebagai Warganegara Malaysia oleh Pihak Berkuasa Tempatan – di isytiharkan sebagai Warganegara Malaysia (Ragu-ragu).

 

Untuk ini, cap jari si mati hendaklah dirakamkan dan dihantar segera ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk dikenalpasti. Cap jari akan sempurna dalam tempoh 48 jam kematian. Selepas 48 jam, agak sukar untuk dirakamkan kerana mayat telah keras. Jika diperlukan juga selepas 48 jam, maka teknik melembutkan mayat dengan menggunakan tuala yang dicelupkan ke dalam air panas dan diletakkan disiku boleh melembutkan tangan dan boleh dirakam cap jari. Sistem rakaman yang terbaik ialah sistem dari kuku ke kuku digunakan.



*****