Other Information Other Information

URUSAN ORANG HILANG

 

Urusan Orang Hilang bermaksud menguruskan Kes Kehilangan Warganegara Malaysia di Pakistan atau Warganegara Pakistan yang hilang di Malaysia atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan.

 

Warganegara

 

-           Wisma Putra akan membekalkan maklumat mengenai kehilangan Warganegara Malaysia di Pakistan.

 

-           Setelah menerima maklumat tersebut, tindakan awal hendaklah diambil dengan menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan dan membekalkan mereka dengan maklumat. Maklumat hendaklah disertakan dengan surat yang ditandatangani oleh Konsul Jeneral atau Konsul Muda Pentadbiran (Covering Letter).

 

-           Tindakan susulan hendaklah dilakukan dalam tempoh yang tertentu (seminggu/dua minggu) dengan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai perkembangan laporan kehilangan.

 

-           Sebarang jawapan yang diterima hendaklah disalinkan ke Wisma Putra untuk makluman dan tindakan.

 

Bukan Warganegara

 

-           Sekiranya Konsulat menerima permohonan daripada Kerajaan Tempatan mengenai kehilangan Warganegara mereka di Malaysia, hantarkan laporan melalui Wisma Putra untuk dipanjangkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan lanjut.

 

-           Hanya permohonan yang disertakan dengan alamat yang lengkap (alamat terakhir sebelum kehilangan) sahaja dilayan.

 

*****