Passport Renewal
Only a few Malaysian Missions overseas are given the authority to issue traveling documents / passports to Malaysians abroad. For the Consulate General of Malaysia in Karachi, applications can still be made through it who would then submit the application to the Immigration Department of Malaysia in Putrajaya. At the moment, Missions given the authority to issue Malaysian International Passport are in Beijing, Canberra, Jakarta, London, Los Angeles, New York, Singapore and Washington.
To apply for the Malaysian International Passport, there is a form that has to be filled. Applicants have to come in person to the Consular & Immigration Department, Ground Floor, Consulate General of Malaysia in Karachi. Supporting documents required for the application are:
* Identification documents that confirms the applicant’s citizenship i.e. Birth Certificates, Identification Card, Certificate of Citizenship and the old passport (renewal).
* Three (3) passport sized photograph (blue background).
URUSAN PENGELUARAN PASPORT MALAYSIA
Pasport 32 muka surat - RM300.00
Pasport 64 muka surat - RM600.00
Perakuan Cemas - RM50.00
Diskaun 50% kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun dan Pelajar Tajaan Kerajaan Malaysia di bawah 21 tahun. Orang Cacat (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan boleh mengemukakan Kad Pendaftaran dikecualikan bayaran.
Permohonan Gantian Pasport Malaysia
Warganegara Malaysia di Karachi boleh memohon untuk mendapatkan dokumen perjalanan Malaysia yang baru di Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi. Sejak Malaysia memperkenalkan Pasport Malaysia Edisi Baru (Machine Readable Passport) lanjutan tempuh (Renewal and Extention) tidak lagi dipraktikkan. Semua permohonan hendaklah di keluarkan pasport baru. Proses pengeluaran Pasport baru dilakukan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
* Tiga (3) keping gambar ukuran passport.
* Kad Pengenalan atau Surat Beranak serta salinannya.
Salinan Pasport yang dipegang (muka surat pertama yang mengandungi butir peribadi pemegang dan
Bagi kes-kes yang meragukan, undang-undang Malaysia membenarkan Pegawai Imigresen atau mana-mana Pegawai Konsulat yang diberikan kuasa menguruskan pengeluaran pasport, boleh meminta apa-apa dokumen yang difikirkan boleh membantu siasatan.
Bagi mengendalikan kes kehilangan kerana kecurian, tercicir, terbakar atau hilang dalam simpanan, sesalinan Repot Polis daripada Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diperolehi dan disahkan. Kes kehilangan yang dilaporkan hendakalah disokong dengan Surat Akaun Sumpah yang ditandatangani oleh Pihak Berkuasa Malaysia (jawatan Konsul Muda keatas). Bagi kes kehilangan, Perakuan Cemas akan dikeluarkan untuk pulang ke Malaysia atau untuk diselaraskan dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan 'legalise the stay'.
Cap jari kanan hendaklah dirakamkan dengan jelas, jika sekiranya ibu jari kanan kudung atau cacat, ibu jari kiri boleh digunakan. Jika sekiranya tiada kedua-dua ibu jari, maka mana-mana jari boleh diambil rekod dengan syarat catitan hendaklah dibuat (kudung, cacat dan sebagainya).
Bagi Pemohon dibawah 18 tahun, keizinan ibu bapa atau penjaga yang sah hendaklah diperolehi dengan cara menandatangani ruang yang berkenaan pada borang permohonan.
Bagi kes yang mana pemegang masih mempunyai pas atau permit yang sah, salinan asal pasport hendaklah dikembalikan kepada pemohon dan akan dikutip kembali setelah pasport gantian diterima. Setelah mendapat gantian, pasport lama hendaklah dibatalkan dan dikembalikan kepada penama. Bagi pasport lama yang masih mempunyai Visa, Pas atau Permit, dinasihatkan kepada pemegang pasport untuk selaraskan Permit/Pas berkenaan ke pasport baru di Pihak Berkuasa Tempatan.
*****