Mission News

Program Konsular Prihatin Bersama Rakyat Malaysia Sempena Aidiladha 2026

29 May 2026 372 views

PROGRAM KONSULAR PRIHATIN BERSAMA RAKYAT MALAYSIA SEMPENA AIDILADHA 2026

Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi telah berjaya menganjurkan Program Konsular Prihatin Bersama Rakyat Malaysia pada 27 Mei 2026.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan rakyat Malaysia di perantauan, di samping mendekatkan perkhidmatan konsular serta memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

Rakyat Malaysia yang hadir terdiri daripada golongan profesional, pelajar, pegawai Konsulat serta ahli keluarga. Program dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha, diikuti sesi taklimat konsular dan pelaksanaan ibadah korban.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, para peserta turut menikmati juadah pot-luck yang disediakan oleh komuniti Malaysia dalam suasana penuh muhibah, harmoni dan kebersamaan.

Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi kekal komited untuk terus memperkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia di Pakistan serta memupuk semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Share:
Link copied to clipboard
Back

Related Articles

You may also be interested in

No Image
Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026

9 Oktober 2026 Legends Arena, Karachi, Pakistan Konsulat Jeneral Malaysia (KJM), Karachi telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara 2026 pada 9 Oktober 2026 bertempat di Legends Arena, Karachi. Program ini telah disertai oleh seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada warga KJM, ahli keluarga serta pelajar Malaysia di Karachi. Pelbagai aktiviti sukan telah diadakan, termasuk badminton, pingpong, futsal dan kriket. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KJM dan diaspora Malaysia di Karachi. 🏸 KATEGORI PERTANDINGAN BADMINTON * Beregu Lelaki * Beregu Wanita * Beregu Campuran 🏓 KATEGORI PERTANDINGAN PINGPONG * Beregu Lelaki ⚽ PERTANDINGAN FUTSAL * Team A vs Team C * Team B vs Team D 🏏 PERTANDINGAN KRIKET * Team LRS vs Team Students Program berlangsung dengan meriah dan lancar, diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta jamuan minum petang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yg terlibat tidak lupa juga buat PERWAKILAN Karachi, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Sukan Untuk Semua! Kekal Aktif, Kekal Sihat! 🇲🇾

10 October 2026 Read More
No Image
Mission News

MALAYSIAN CONSUL GENERAL MEETS SPEAKER OF SINDH ASSEMBLY

6 October 2026 Consul General of Malaysia in Karachi, H.E. Mohd Yunus bin Ibrahim, paid a courtesy call on the Speaker of the Provincial Assembly of Sindh, Syed Awais Qadir Shah. The meeting provided an opportunity to exchange views on Malaysia–Pakistan bilateral relations, with particular emphasis on parliamentary diplomacy, economic cooperation, trade, investment, tourism and people-to-people ties. Both sides reaffirmed their commitment to further strengthening the longstanding and friendly relations between Malaysia and Pakistan, including closer engagement between Malaysia and the Province of Sindh. The Speaker also proposed the establishment of Parliamentary Friendship Groups between the Provincial Assembly of Sindh and the Parliament of Malaysia to further promote institutional exchanges and parliamentary cooperation. H.E. Mohd Yunus bin Ibrahim expressed Malaysia’s continued interest in enhancing cooperation with Sindh and exploring new avenues for economic and people-to-people engagement. The meeting concluded with both sides reaffirming their shared commitment to further advancing Malaysia–Pakistan relations. #MalaysiaPakistan #Malaysia #Pakistan #DiplomaticRelations #ParliamentaryDiplomacy #EconomicCooperation #PeopleToPeople #Sindh #Karachi

06 October 2026 Read More
No Image
Mission News

“STUDY IN MALAYSIA” EDUCATION FAIR AND CULTURAL EVENT

12 September 2026 Read More