Archives Archives

Back

Sambutan Hari Sukan Negara 2025

Malawakil Manila telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) pada 12 Oktober 2025 (Ahad) bertempat di bangunan Canseri.
Program ini terdiri daripada HBS, Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) serta ahli keluarga sahaja. Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi senam zumba diikuti dengan amazing race dan berakhir pada jam12.00 tengah hari.  Semua HBS, KAT serta ahli keluarga yang terlibat amat berpuas hati dengan penganjuran sambutan HSN ini dan menyatakan rasa gembira kerana memperoleh pengalaman dan kenangan baharu. Program ini juga telah berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara HBS, KAT dan keluarga.

 

MALAWAKIL MANILA 14 OKTOBER 2025