Events / News Events / News

Back

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH KE-16

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SABAH KE-16

Permohonan undi pos untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara bagi PRU DUN Sabah Ke-16 kini telah dibuka.

Pemilih yang ingin memohon sebagai pengundi pos luar negara adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPR seperti berikut:-

i) Merupakan seorang pemilih yang berdaftar;

ii) Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan

iii) Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran DUN Sabah ke-15, iaitu pada 30 Julai 2020.

Permohonan hendaklah menggunakan Borang B1 yang boleh dimuat turun menerusi laman sesawang SPR di https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/muat-turun-borang

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan menerusi:

i) Emel : upup@spr.gov.my; atau

ii) Faks: +603 8888 0403/0405 atau

iii) Pos ke alamat :
Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)
Tingkat 5, Menara SPR
No. 2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
MALAYSIA

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada: 03 SEPTEMBER 2020

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian Hotline Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP): +603-8888 0400 / +603-8881 0658 / +603-8881 0769 atau menerusi alamat emel seperti yang tersedia.