Announcements Announcements

Back

PEMBUKAAN PERMOHONAN UNDI POS DI LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B UNTUK PILIHANRAYA UMUM (PRU) KE-14

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui kenyataan akhbar SPR bertarikh 23 Januari 2018 telah mengumumkan mengenai permohonan pengundian pos luar negara yang telah dibuka bermula 23 Januari 2018.  Permohonan ini dibuka kepada mana-mana warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi pada hari pengundian tetapi berada di luar negara, untuk memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

 

SPR telah menetapkan beberapa syarat bagi melayakkan seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi secara pos, seperti berikut:

 

  1. mestilah seorang pemilih yang berdaftar dengan SPR (kategori Pengundi Biasa) dan bukan kategori Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara

 

  1. menetap di luar negara (kecuali Selatan Thailand– Wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun, Singapura, Brunei dan Wilayah Kalimantan Indonesia, tidak layak diberikan kemudahan untuk mengundi melalui pos dan perlu balik ke Malaysia untuk mengundi pada hari pengundian dilakukan); dan

 

  1. pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

 

 

Sehubungan ini, mana-mana warga negara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat seperti yang digariskan di atas, boleh memohon kemudahan mengundi secara pos  dengan mengisi Borang 1B – Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my.