Archive Archive

Back

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI POLAND

Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw bersama para pelajar perubatan Malaysia di Poland telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama rakyat Malaysia pada 12 Julai 2015, jam 8.00 malam bertempat di kediaman Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE .  Seramai 40 orang pelajar serta ibubapa telah menghadiri majlis ini.

 

Majlis ini dimulakan dengan tazkirah dan seterusnya berbuka puasa pada jam 9.00 malam. Makanan bagi majlis ini telah disediakan oleh para pelajar dan juga pegawai dan kakitangan kedutaan secara gotong-royong. Makanan yang disajikan adalah nasi putih, mee goreng, kurma kambing, ayam masak cili padi, ayam bakar, sambal ikan, sambal bilis, ikan masin, sayur campur serta kuih tradisional seperti Kuih Onde –onde, Kuih Kasturi, Kuih bakar, Donut, Popia, Kek Coklat, dan minuman teh dan Jus oren turut disajikan.

 

Majlis ini bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim di antara warga Malaysia di luar negara, malah ia juga turut memberi peluang kepada para pelajar dan ibubapa untuk beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan kedutaan beserta berkongsi maklumat dan pandangan berkaitan dengan isu-isu semasa dalam negara.