Skip to Content
Concurrently Accredited Missions : Lithuania
MISSION INFO
Address:
Level 2, CIC Warsaw Building, Varso Place 2 Chmielna 73
 
Warsaw
Telephone: (+4822) 375 9930
(+4822) 617 4413 Concurrent accredited to the Republic of Lithuania
Fax: (+4822) 617 6256
Email: mwwarsaw[at]kln[dot]gov[dot]my
GMT: Central European Time + 1 hrs
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 8.30 a.m - 4.30 p.m
Public Holidays: Saturday & Sunday

 

News From Mission News From Mission

Back

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 64 di Warsaw

Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw telah meraikan sambutan Kemerdekaan kali ke-64 pada 31 Ogos 2021. Majlis sambutan Hari Kemerdekaan bersama Diaspora Malaysia telah diadakan bersama 25 orang warga Malaysia yang menetap bekerja dan belajar di Wrasaw, Poland.

Majlis sambutan hari kemerdekaan ini telah dimulakan pada jam 1.00 tengah hari dengan ucapan oleh Duta Besar, kata-kata aluan oleh pengerusi Majlis, Cik Nur Atikah Anuar, Ketua Canseri di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Warsaw  dan diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Nazul Azha Adam, pasangan kepada Puan Ismida Ismail, Pembantu Khas kepada PYT Duta Besar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku dengan penuh semangat oleh semua yang hadir. 

Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Chitra Devi Ramiah, PYT Duta Besar menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir ke majllis ini. Beliau menyeru supaya para hadirin mengambil peluang dan ruang untuk bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Seramai 25 orang rakyat Malaysia telah terlibat dalam majlis makan tengahari menyambut sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang dihos oleh YBhg. Dato’ Duta Besar secara kecil-kecilan ini di Restoran Sambal.

 

Kedutaan Besar Malaysia, Warsaw

31 Ogos 2021