Concurrently Accredited Missions : Lithuania, Ukraine |
news from mission
SESI LIBAT URUS PELAKSANAAN GOVERNMENT SECURED COMMUNICATIONS (GSC) BAGI PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA
Pada 12 November 2024, PYT Dato’ Chitra Devi Ramiah telah mengambil bahagian dalam Sesi Libat Urus Pelaksanaan Government Secured Communications (GSC) bagi perwakilan Malaysia di luar negara. Sesi ini dianjurkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diadakan secara atas talian.
Projek Government Secured Communication (GSC), yang sedang dilaksanakan oleh NACSA, MKN, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bertujuan untuk menyediakan kemudahan perisian komunikasi selamat yang akan dipasang pada peranti mudah alih.
Sesi libat urus ini bertujuan memberikan pemahaman kepada perwakilan Malaysia di luar negara mengenai pelaksanaan projek tersebut, sekali gus memperkukuh keselamatan komunikasi dalam menjalankan tugasan rasmi kerajaan di peringkat antarabangsa.