News From Mission News From Mission

Back

MESYUARAT PENYELARASAN KETUA-KETUA AGENSI KERAJAAN MALAYSIA YANG DIAKREDITASIKAN KE REPUBLIK POLAND

 

TYT Dato’ Jamaluddin Sabeh, Duta Besar Malaysia ke Republik Poland telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Malaysia yang diakreditasikan ke Republik Poland pada 23 Januari 2014. Antara agensi-agensi yang hadir adalah  MATRADE Warsaw, MIDA Munich, JPA Prague, MARA dan Tourism Malaysia Frankfurt.

 

 

 

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan hal-hal seperti Prestasi Kerja Tahun 2013 dan Program Kerja Tahun 2014. Pelbagai isu dan juga cadangan telah dikemuka dan dibincangkan. Antaranya adalah program mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 (Visit Malaysia Year 2014). Selain daripada itu, Pengerusi juga menyeru supaya agensi-agensi kerajaan yang diakreditasikan ke Republik Poland dapat memberikan kerjasama dan menggembeling tenaga dengan Malawakil Warsaw dalam usaha untuk mempromosikan Malaysia di Republik Poland dalam bidang masing-masing.