News From Mission News From Mission

Back

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan PERWAKILAN Warsaw

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Perwakilan Warsaw telah diadakan pada 16 Januari 2022 dan dipengerusikan oleh PYT Amb. Dato’ Chitra Devi Ramiah di Rumah Malaysia. Semasa  Agong Tahunan tersebut, Jawatankuasa PERWAKILAN Warsaw untuk Tahun 2021 telah dibubarkan secara rasminya dan dilantik semula pada tahun 2022. Memandangkan terdapat tiga sahaja pegawai HBS perempuan di Warsaw, ketiga-ketiga mereka ini masih memegang jawatan yang sama pada tahun 2022. Mesyuarat Agong Tahunan ini diikuti dengan Mesyuarat PERWAKILAN Warsaw Bil 1/2022. Pengerusi berharap agar aktiviti dan program PERWAKILAN Warsaw dapat dilaksanakan dengan lebih aktif pada tahun 2022. Namun, penularan kes COVID-19 masih aktif merebak serta menyebabkan kes harian positif COVID-19 di Poland semakin tinggi. Beliau berharap keadaan COVID-19 akan bertambah pulih dan PERWAKILAN Warsaw dapat melaksanakan aktiviti dan program promosikan pelbagai budaya dan kesenian Malaysia pada tahun 2022.

  

Kedutaan Besar Malaysia, Warsaw

17 Januari 2022