News From Mission News From Mission

Back

SAMBUTAN DEEPAVALI 2024, 31 OKTOBER 2024

Pada 31 Oktober 2024, Malawakil Warsaw telah menganjurkan sambutan Deepavali 2024 bersama diaspora Malaysia di Warsaw Presidential Hotel. Sambutan tersebut turut dihadiri oleh Duta Besar India, Palestin dan Afrika Selatan, serta wakil media TV Polska (TVP).

 

Sambutan Deepavali tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran daripada kira-kira 35 orang rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Warsaw, Poland. Sambutan ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan Malawakil bagi meraikan hari perayaan utama Malaysia. Majlis sebegini juga dianjurkan bagi memberi peluang kepada Malawakil untuk beramah mesra dan bertanya khabar bersama para jemputan Diaspora Malaysia yang hadir. Selain itu, pihak Malawakil juga turut berpeluang mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini rakyat Malaysia yang berada di Poland, dalam masa yang sama untuk meraikan serta mempromosikan sambutan perayaan Deepavali.