News From Mission News From Mission

Back

Sambutan Hari Natal Bersama Diaspora Malaysia

Sempena Hari Natal 2021, PYT Dato’ Ambassador Chitra Devi Ramiah, Duta Besar Malaysia ke Republik Poland dan pasangan telah menganjurkan majlis rumah terbuka Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM). Majlis ini turut diadakan untuk menyambut Deepavali. Sambutan DeepaNatal ini telah diadakan pada 26 Disember 2021 di Rumah Malaysia dan telah dihadiri seramai 60 orang diaspora Malaysia dan warganegara asing. Majlis ini telah mengeratkan lagi silaturahim antara warga Kedutaan dan diaspora Malaysia di negara Poland. 

    

 

Embassy of Malaysia, Warsaw

26 December 2021