Archive Archive

Back

Kemudahan Mengundi Secara Pos kepada Pengundi Tidak Hadir (PTH) dan Warganegara Malaysia yang Tinggal di Luar Negara


Adalah dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah memaklumkan bahawa semua warganegara Malaysia di luar negara yang telah mendaftar sebagai pengundi dan ingin mendaftar sebagai pengundi pos perlu mengisi borang 1B yang boleh dimuat turun dari halaman web SPR (www.spr.gov.my). Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah di hantar terus kepada SPR melalui salah satu cara seperti berikut:-

Emel : upup@spr.gov.my

Fax : +603-8881 1201 /1202 /1187

Pos : Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
MALAYSIA
(Attn: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

3. Anda juga boleh melihat syarat kelayakan permohonan sebagai pengundi pos di laman web SPR. Permohonan untuk mengundi secara pos ini diterima oleh SPR hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.


Sekian, terima kasih.


KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
DOHA