![]() | ![]() |
news from mission
Back
Bantuan Kepada 'Cabin Crew' Qatar Airways
Pihak Kedutaan telah dimaklumkan bahawa terdapat hampir 20 Cabin crew yang baru memulakan kerjaya di Qatar Airways terpaksa berhadapan dengan situasi kontrak mereka tidak diperbaharui akibat implikasi Covid-19. Atas inisiatif pihak Malawakil Doha serta perkenan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan pihak Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) telah bersetuju untuk memberikan sedikit bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terlibat dengan pembelian keperluan asas.
Pihak Kedutaan juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak Pengurusan Sumber Manusia, Qatar Airways untuk memastikan urusan kepulangan staf terlibat ke Malaysia berjalan lancar dan dipermudahkan.

