Skip to Content
MISSION INFO
Address:
BUILDING NO. 6, DAWHAT ZEKREET STREET NO. 821 ONAIZA ZONE 66, PO BOX 23760
DOHA, QATAR 
Telephone: +974 44836463
+974 44836493 
Fax: +974 4483 6453
Email: mwdoha[at]kln[dot]gov[dot]my
GMT: + 3 hrs
Working Days: Sunday - Thursday
Working Hours: 8.30 am - 3.30 pm / (Consular: 8.30 am - 2.30 pm)
Public Holidays: Friday & Saturday

 

news from mission news from mission

Back

HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI QATAR: PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) MELAKA KE-15

HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI QATAR: PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) MELAKA KE-15

 

 

Ingin dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan Sabtu, 20 November 2021 sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15.

 

SPR menyediakan kemudahan mengundi secara pos untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi PRU DUN tersebut. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 20 Oktober 2021 sehingga              1 November 2021.

 

Untuk tujuan ini, permohonan undi pos bagi Kategori 1B (Pengundi Luar Negara) boleh dibuat untuk pertimbangan pihak SPR, secara atas talian di laman sesawang MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my sepanjang tempoh tersebutPermohonan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan permohonan seperti berikut:

 

1. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;

2. Bermastautin di luar negara; dan

3. Mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN dalam negeri Melaka.

 

Bagi proses pemulangan kertas undi kepada SPR, rakyat Malaysia boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan sendiri.

 

Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperohi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/.../soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.