Archives
Back
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Romania
Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest, Romania mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ke Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Bucharest untuk memeriahkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri pada 22 April 2023.
Antara para tetamu yang menghadiri majlis ini termasuk pegawai-pegawai dari Kementerian Luar Negeri Romania, Duta-Duta Besar dan diplomat asing, rakyat Malaysia dan tetamu dari Romania.




