Archive Archive

Back

Bazaar 2016

 

25 November 2016  - Penganjuran ‘Bazaar Akhir Tahun 2016’ Berjaya menarik perhatian hampir 1000 orang pengunjung yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang bermastautin di Wilayah Barat Arab Saudi serta tetamu.  Bazaar kali ini menyaksikan 30 gerai membanjiri kompaun Konsulat dengan pelbagai jualan makanan dan barangan Malaysia.  Program diceriakan lagi dengan persembahan nasyid serta filem-filem pendek yang menemani aktiviti ini.  Program sedemikian adalah program yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan untuk menikmati ‘Malaysia’ serta merapatkan ukhwah sesame kenalan baru dan lama.