Archive Archive

Back

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Konsul Jeneral dan isteri, Puan Aniza Khalid telah menghoskan satu Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil khusus bagi semua sahabat handai dan keluarga para warga konsulat yang telah pun kembali kerahmatullah. Majlis diadakan pada 20 Disember 2014 mulai jam 5.45 di perkarangan Konsulat disertai oleh kesemua pegawai, kakitangan dan keluarga warga konsulat dan agensi-agensi Kerajaan yang berada di Jeddah. Acara petang tersebut dimulai dengan solat maghrib, solat jenazah ghaib disusuli bacaan yassin, tahlil dan disudahi dengan solat isyak. Para hadirin dijamu dengan jamuan makan malam sebelum majlis selesai pada jam 8.30 malam.