Archives
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KHARTOUM MENGADAKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KHARTOUM MENGADAKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Pada hari Isnin, 2 Mei 2022, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum (KBM Khartoum) telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Kompleks PETRONAS Sudan melibatkan pegawai Home-Based Staff dan keluarga, warga Malaysia dan pelajar Malaysia di Sudan.
Program dimulakan dengan takbir raya dan sembahyang sunat hari raya aidilfitiri yang dipimpin oleh Ustaz Ammar Bin Shahril, penyampaian khutbah hari raya aidilfitiri oleh Ustaz Muhammad Firdaus Bin Roslan, sesi bergambar dan diakhiri dengan jamuan makan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif KBM Khartoum di bawah Program Mendekati Rakyat Malaysia (PMRM).
KBM Khartoum juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PERWAKILAN Khartoum dan pelajar Malaysia yang membantu dalam penyediaan juadah hari raya untuk program ini.
Adalah diharapkan dengan penganjuran majlis ini, ia dapat mengubat rindu semua warga Malaysia di Sudan yang tidak dapat pulang ke Malaysia meraikan hari lebaran bersama keluarga tersayang.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
كل عام و أنتم بخير
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
2 Mei 2022


