Archives Archives

Back

Resepsi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022

Resepsi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 oleh Kedutaan Besar Malaysia di Belgrade telah diadakan pada 21 September 2022 di Hyatt Regency Belgrade. Tetamu Kehormat yang hadir mewakili Kerajaan Republik Serbia adalah Timbalan Speaker Parlimen Republik Serbia, TYT Usame Zukorlic. Turut hadir adalah Mufti Belgrade, Tuan Mustafa Efendi Jusufspahić serta Prince Filip Karađorđević dan Princess Danica Karađorđević, di samping tetamu-tetamu jemputan lain termasuk dari kalangan Ketua-ketua Perwakilan Asing, Kor Diplomatik dan juga para pegawai tinggi kerajaan Republik Serbia.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama adalah bertepatan sekali dengan konsep dan komitmen sebuah keluarga besar yang harmoni seperti yang diaspirasikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Para tetamu disajikan dengan aneka pilihan makanan yang telah disediakan oleh Chef Dato’ Ismail Ahmad. Persembahan Kebudayaan dari kumpulan Chenderawasih tidak ketinggalan.