Archives Archives

Back

To Know Malaysia Is To Love Malaysia

“To Know Malaysia Is To Love Malaysia” merupakan satu manifestasi Diplomasi Budaya !

Berlangsung dengan jayanya dari 18 hingga 25 September 2022 di Hyatt Regency Belgrade dengan sambutan yang cukup luar biasa, program anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Belgrade dengan kerjasama Hyatt Regency Belgrade, Tourism Malaysia dan Turkish Airlines juga telah mendapat penghormatan besar dengan dirasmikan oleh PYT Tamara Vucic, isteri kepada Presiden Republik Serbia.

Mengangkat kekayaan kulinari Malaysia sebagai elemen utama melalui sajian makanan yang disediakan oleh Chef Dato’ Ismail Ahmad, program ini turut menampilkan pertunjukan fesyen dari koleksi Dato’ Tom Abang Saufi; Destination Seminar : Malaysia Truly Asia oleh Tourism Malaysia di mana Turkish Airlines turut menyediakan hadiah utama cabutan bertuah tiket penerbangan BEG-KUL-BEG; persembahan kebudayaan dari Kumpulan Chenderawasih pimpinan intensif Coach Razak Hamid dan banyak lagi.