Archives
ANNOUNCEMENT: OVERSEAS VOTING (PENGUNDI POS LUAR NEGARA)
ANNOUNCEMENT:
OVERSEAS VOTING (PENGUNDI POS LUAR NEGARA)
The Embassy of Malaysia in Stockholm provides below information on Overseas Voting (Pengundi Pos Luar Negara) on application as overseas voter, procedures involved in voting by post by Malaysian citizens residing overseas and guidelines in completing Form 1B. These information are as follows:
MAKLUMAT MENGENAI KEMUDAHAN MENGUNDI SECARA POS KEPADA PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) DAN WARGANEGARA MALAYSIAYANG TINGGAL DI LUAR NEGARA
I. CARA MEMOHON UNTUK MENGUNDI MELALUI POS BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG TINGGAL DI LUAR NEGARA SEBAGAI PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH)
1. Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:
1.1 Warganegara Malaysia;
1.2 Pemilih Berdaftar;
1.4 Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat dan Yala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.
2. Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir (PTH) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2013 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.
3. Borang 1 B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu kaedah penghantaran seperti berikut:
3.1 Melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my; atau
3.2 Melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192; atau
3.3 Melalui pos ke alamat:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
4. Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1 B.
5. Sila lihat panduan untuk mengisi Borang 1 B.
6. Semua pemohon perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat dalam Borang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos.
7. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat dan Yala) Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi.
*****
II. GARIS PANDUAN MENGISI BORANG 1B
1. Sila baca dengan teliti dan semua ruangan yang berkaitan hendaklah diisi dengan lengkap.
2. Sebarang kesilapan dalam pengisian borang ini boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.
3. Anda hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa anda merupakan seorang pemilih berdaftar.
4. Untuk mengisi maklumat berhubung Bahagian Pilihan Raya, anda boleh menyemak maklumat tempat pendaftaran anda di laman-web SPR di www.spr.gov.my
Bahagian A
(i) Nama penuh hendaklah diisi dengan HURUF BESAR mengikut nama seperti dalam Kad Pengenalan.
(ii) Isikan nombor Kad Pengenalan dan nombor Pasport anda.
(iii) Isikan nombor telefon bimbit dan nombor telefon anda yang lain yang boleh dihubungi.
(iv) Isikan alamat emel anda dan nombor faks (jika ada).
Bahagian B
(i) Isikan alamat tetap anda di luar negara dengan lengkap.
(ii) Isikan nama bandar dan negara di mana Pejabat Pewakilan Malaysia berada kerana sampul-sampul dan kertas undi anda akan dihantar ke Pejabat Pewakilan Malaysia yang dinyatakan. Anda dinasihatkan agar menyemak maklumat Pejabat-pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara di laman sesawang SPR di www.spr.gov.my sebelum mengisi maklumat di ruangan berkenaan.
(iii) Isikan bahagian Parlimen dan Negeri di mana anda berdaftar sebagai pemilih.
(iv) Nyatakan negara anda tinggal dan sebab mengapa anda tinggal di negara berkenaan.
(v) Isikan tarikh-tarikh anda pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen/Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berkuatkuasa.
(vi) Isikan jumlah keseluruhan (hari) anda kembali atau berada di Malaysia dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen/DUN yang sedang berkuatkuasa.
(vii) Isikan tarikh permohonan dan turunkan tandatangan anda di dalam ruangan yang berkaitan.
Bahagian C
Bahagian ini TIDAK PERLU DIISI
Bahagian D
Bahagian ini TIDAK PERLU DIISI
*****
The Embassy will provide update on Overseas Voting from time to time for easy reference. Should there be any enquiries regarding Overseas Voting (Pengundi Luar Negara), do forward your enquiries to the Embassy at Embassy´s email address: malstholm@kln.gov.my and to copy your email to:
(i) Mdm Gloria Tiwet, Head of Chancery
Email address: gloria@kln.gov.my
(ii) Mdm Norafsah Mohd Nor, Third Secretary
Email address: norafsah@kln.gov.my
Embassy of Malaysia
Stockholm, Sweden
14 February 2013